RSS

Khamis, 29 Julai 2010

Tips untuk menjadikan perasaan tenang

Berikut adalah perbincangan rakan-rakan Facebook mengenai tips bagi
mewujudkan perasaan dah hati tenteram.


Ediramle Ismail:

Salam rakan fb sekeliannya. Sudilah kiranya kongsikan tips atau panduan
bagi menjadikan perasaan dan hati rasa tenteram, tenang dan tidak
bercelaru walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Rosli Che Soh pergilah melancong..kerana ianya dapat menenangkan hati,
Nabi pun israk dan mikraj..


Sharimi Muhamad banyakkan berzikir......banyakkan menyebut nama ALLAH
dalam hati....


Ruhana Md Zaki: senyum...

Atie Ridzuan: solat 5 waktu..

Ruhana Md Zaki: minta izin nak kumpul semua pendapat semua rakan sdr edi
ni ye..


Flora Ixora: Pada saya , kata-kata yang diucapkan setiap hari itu
penting kerana boleh mempengaruhi minda separa sedar .Apabila kita sering
memberitahu minda kita yang kita akan sentiasa bertenang dalam apa2 jua
keadaan , maka kita dapat ketenangan . Tips @ panduan : Tuliskan atas
sekeping kertas kata-kata motivasi yang kita impikan dapat bentuk diri
jadi lebih hebat . Baca lah apa yang kita tulis sebelum tidur dan selepas
bangun tidur . Kata-kata ini lama kelamaan akan mempengaruhi corak
permikiran kita

Elly Elyz: tarik nafas dalam2...pejamkan mata...hembus perlahan..ulang
tiga kali..sambil dlm hati sebut SUBHANALLAH...buat
selalu...insyaAllah..salah satu cara mencari ketenangan...wallahualam

Ct Lala: tido...

Usu Eir: stuju dgn Flora...dlm fb pun kita boleh buat bgitu. Sbb walaupun
apa yg kita tulis tu menasihati org lain dan kita sdiri blum buat lagi tp
lama kelamaan apa yg prnah kita tulis tu kita akn buat jugak. ketenangan
hati tu boleh dicapai kalau kita berbuat baik pd org dan berbuat baik pd
diri sdiri. Yg pnting jugak adalah sabar dlm mncari jwpn. Kdg2 jwpn tu
kita sdiri temui dan kdg2 ditemui slps berbicara atau berbincang atau
berhdpn dgn sesuatu peristiwa. Itu yg Flora katakan pengaruh minda separa
sdar.


MeQue Lee : selalu ingat Allah..insyaAllah hati akan selalu tenang n
bahagia...

Elly Elyz: betul tu MeQue...

Raja Noor Bayer: istighfar dan byk kan zikir.. mungkin sesuatu akan muncul
lantas meredakan kegusaran..

Atie Ridzuan: meminta maaf jika sedar berlaku silap pd org lain..jika
mendpat kemaafan, insyaAllah jiwa kita tenang dn tenteram.

MeQue Lee : yee kak elly.. kita manusia biasa..hanya pada Allah kita mampu
memohon..semoga segalanya berjalan lancar..

Elly Elyz: Dari Allah kita datang...dan kepadaNya kita akan dikembalikan...

Flora Ixora: Saudara Encik Usu ,,,,, terima kasih kerana setuju .Apa yang
saya nyatakan tadi tentang minda separa sedar adalah hasil bimbingan ayah
saya yang banyak mengkaji tentang permikiran positif . Seringkali saya
kecewa dengan rakan2 dan kata2 yang saya semaikan dalam permikiran akan
hadir memberi semangat untuk pulihkan diri dari kesedihan .

Anuar Mat: tapi ore ngajar kato kalu hati selalu tenang... x elok gak...
kena slalu resah dgn mengingati kematian...barulah lebih bnyak mengingati
Allah... saper2 boleh kasi komen? saya pun x reti sngat....

Elly Elyz: apapun yg kita lakukan biar SEDERHANA..wallahualam..

Ain Zin: kita ada Allah
tempat Dia kita mengadu
zikir dan selawat sentiasa dihati
wajah yg tenang senyum yg ikhlas
basahi diri dgn air sembahyang

Intan Zawawi: senyum
sll igt Allah
hidup bersederhana
solat 5 waktu n bersedekah
sll selawat n berzikir n bc quran

Siti Aminah Mat: i. renung wajah anakmu ketika ia sedang nyenyak tidur.
tenang sungguh.
ii.teknik imajeri= bayangkan padang hijau. langit biru cair. sepasang
burung putih terbang lembut. seekoir kucing gemuk tidur di celah rimbun
serai..
iii....

Siti Aminah Mat ‎- atau lihat ke dlm mata anak kucing, bayangkan
anda berada di situ- sungguh bening!
saya dah cuba pd tahun 93-97, berjaya..

Siti Aminah Mat: Ada tips utk resdung tak? mata ni selalu gatal2, telinga,
tekak, hidung..
dah buang dgn asap /cerut resdung dah..tak habis2 gak..

Ediramle Ismail: Antara yang pernah saya dengar hisap air melalui hidung
dan hembus kuat-kuat berapa kali.

Siti Aminah Mat: dah cuba pun.. tak best

Ediramle Ismail: Cuba telan saja Pil Resdong Orang Kampung , habiskan 100
biji. InsyaAllah sekiranya ada sekun rasi. - (bukan iklan).

Intan Zawawi CtAminahMat: jg pantang.. jgn mkn mknn yg blh menyebabkn anda
gtl-resdung. pemakanan mbe 1 punca anda resdung trk.. try elak mkn mknn yg
alergy kpd resdung...

Ediramle Ismail: Apakah antara makanan yang elergy kepada resdung ?

Intan Zawawi: dlm tenet suma ado :)

PETUA RESDUNG 1

Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan
menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian
picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang
kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk
kaedah ini air mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.

PETUA RESDUNG 2

Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong,kerang dan juga
ketam.

PETUA RESDUNG 3

Basuh muka dengan sabun antiseptik seperti PROTEX 2x sehari untuk membunuh
semua bakteria dikawasan muka.

PETUA RESDUNG 4

Kurangkan pengambilan sambal belacan,budu ataupun cincalok.

PETUA RESDUNG 5

Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat
kerja dalam keadaan yang bersih.

PETUA RESDUNG 6

Kerapkan pengambilan buah oren ataupun pil vitamin c setiap hari bagi
meningkatkan antibodi badan.

PETUA RESDUNG 7

Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti
lipas tanah dan sebagainya.

PETUA RESDUNG 8

Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota
badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.

PETUA RESDUNG 9

Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan
menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/resdung dikawasan muka.

PETUA RESDUNG 10

Mengamalkan pengambilan pil ataupun ubat tradisional resdung setiap hari
dan anda juga tidak digalakkan bergantung pada ubatan moden kerana jangka
panjang akan merosakkan buah pinggang.

Mohd Zuki Muhammad: hai tok imam..masih kenal saya tak lagi...cam mana skg
ni...duk dimana?..dah jumpa orang tercinta ke..ke dah dapat anak
ramai..hehe..salam daripada saya disini..

Posted via email from Ediramle Ismail

Tips penenang jiwa



Posted via email from Ediramle Ismail

Isnin, 26 Julai 2010

Majlis Nisfu Saaban di Kok Pasir , Tumpat, Kelantan

Majlis Nisfu Saaban yang diadakan pada 26 Julai 2010 di GDW Kok Pasir. Anjuran Pengerak Bestari, KRT Kok Pasir, GDW Kok Pasir.  Dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Tumpat .     Pengisian , Solat Maghrib, Solat Hajat, Baca Surah Yassin 3 kali , Solat Isyak , Tahlil dan Ceramah Agama.  

Posted via email from Ediramle Ismail

Malam Puisi Pejuang 23 Julai 2010

Malam Puisi Pejuang 23 Julai 2010 -
Pekarangan Studium Sultan Muhammed Ke-IV Kota Bharu Kelantan.

Posted via email from Ediramle Ismail