RSS

Khamis, 14 Januari 2010

Kursus Facebook 15 dan 16 Januari 2010 - sambutan di luar jangka.

Dimaklumkan pada pagi 15 Jan 2010 kursus   Facebook terpaksa ditunda kerana saya ada
mesyuarat  Agung khas Persatuan Bekas Tentera di Pejabat Perpaduan Tumpat mulai 8.30 pagi.

Sebelah petang setakat ni tiada program.

Hingga ke hari ini  belum ada seorang pun yang hubungi untuk ikuti. Itu tak jadi masalah  bagi saya sekarang kerana ianya telah menjadi terlalu biasa.

Saya akan mencari cara lain untuk membantu sedikit sebanyak tentang apa yang diketahui.

salam hormat untuk semua.

Posted via email from Ediramle Ismail

Jangan menangis lagi

Jangan menangis
lantaran  kalah dalam perlawanan ini
kerana dengan kalahnya kita
telah menghadiahkan kemenangan buat mereka
yang menentang kita
berhabisan atau melontarkan ketidakadilan ketika bermain.

Kekalahan ini kita jadikan pengajaran
agar beringat dan berusaha mempersiapkan diri
menghadapi perlawanan yang lebih besar.

Ketika itu kita berbaris di antara suara-suara sorakan dan tepukan yang kemudiannya menghilang di sebalik waktu berlalu.

Sekali lagi kita menangis dengan
tangisan yang dalam dan esakan memanjang.

  Ediramle Ismail,
ym id  ediramleismail

Posted via email from Ediramle Ismail