RSS

Ahad, 31 Januari 2010

Bulan pertama Tahun ICT diriku

Hari ini genap sebulan tahun ICT peringkat diri sendiri (peribadi)  .  Sepanjang sebulan aku sememangnya menumpukan masa yang lebih di hadapan komputer . Masa yang agak panjang itu kugunakan untuk mencari dan mencari info baru dalam berinternet.
Aku dapati pengguna internet semakin mengemari Facebook pada waktu ini. Tanpa boleh menafikan realiti ini aku turut serta mendaftar di facebook. Seperti selalulah aku mula meneroka sedikit sebanyak apa yang ada di facebook . Antaranya bagaimana cara mebuat halaman dan membuat group.
Sehingga kini aku sempat memikirkan beberapa perkara untuk di jadikan egroup contohnya egroup penulis dan egroup yang bersifat geografi seperti untuk kampung laman dan daerah tercinta.

Antara group yang diasaskan dan agak ramai disertai dalam masa sebulan ini (Januari 2010) ialah group Tumpat http://www.pesisir.net/tumpat.html
iaitu sebuah group di facebook yang disertai oleh penduduk daerah Tumpat sama ada mereka yang berada di daerah ini atau berada di luar sekarang.
Perbincangan agak rancak juga dan banyak juga manfaat yang diperolehi daripadanya.

Selain itu usaha menambah rakan di facebook http://www.facebook.com/ediramle  jug dilakukan dan sasaran awal menjelang pertengahan Feb ini mencapai 1,000 orang kawan.
Dengan menumpukan banyak waktu di Facebook sebahagian daripada rancangan lain  sepertimana yang dirancangkan ada juga yang tak terlaksana.

Bagaimanapun kursus ict percuma di Anjung ICT telah dijalankan pada jumaat dan Sabtu. Sambutannya tidaklah baik. Tak apa saya tidak rugi apa-apa walaupun tidak ada sambutan. Sebahagian tugas telah selesai kerana rasa ingin memberi itu telah dilaksanakan. Walaujpun tidak ada sambutan yang baik kursus-kursus itu akan diteruskan juga pada masa-masa akan datang.

 Ediramle Ismail,


ym id  ediramleismail

Windows Live   ediramle@hotmail.com

Skypye    ediramle1

Posted via email from Ediramle Ismail