RSS

Khamis, 8 Julai 2010

Sorakan Piala Dunia 2010

PROGRAM SORAKAN PIALA DUNIA 2010
SEMPENA PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK ANTARA BELANDA MELAWAN SEPANYOL

Akan diadakan pada 11 Julai 2010 (Ahad )

Masa: 5.00 petang (Ahad) - 5 pagi (Isnin)
Bertempat: di Padang Bola Kok Pasir dan di Medan GDW Kok Pasir, Tumpat,
Kelantan.

Antara pengisian:
5. 00 ptg - 6.30 petang - Perlawanan bola sepak kanak-kanak Tabika (4
pasukan) - Ulasan nilai-nilai baik dan buruk yang terdapat dalam
perlawanan bola sepak yang boleh diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat
seharian - Tempat Padang bola SK Kok Pasir.

9.30 Malam - 5.00 pagi - Kuiz Bola Sepak , Top Corner , Nyanyian oleh
penyanyi jemputan FENDI KENALI, DIN PAYA SENANG, KU ZI dan KU ZAID. -
Tayangan skrin siaran secara langsung Perlawanan Akhir Bola Sepak piala
Dunia 2010 - Tempat di Medan GDW Kok Pasir.

Anjuran: GDW Kok Pasir, KRT Kok Pasir, JKKKP Kok Pasir , Pengerak Bestari
Kok Pasir dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Tumpat, Kawasan Rukun
Tetangga Daerah Tumpat , KEMAS.

Penyertaan Kuiz dan Top Corner adalah terbuka, semua dijemput hadir bagi
memeriahkah program, jangan lupa pakai baju berwarna pasukan yang
disokong.


Terima kasih.

Posted via email from Ediramle Ismail