RSS

Khamis, 14 Januari 2010

Jangan menangis lagi

Jangan menangis
lantaran  kalah dalam perlawanan ini
kerana dengan kalahnya kita
telah menghadiahkan kemenangan buat mereka
yang menentang kita
berhabisan atau melontarkan ketidakadilan ketika bermain.

Kekalahan ini kita jadikan pengajaran
agar beringat dan berusaha mempersiapkan diri
menghadapi perlawanan yang lebih besar.

Ketika itu kita berbaris di antara suara-suara sorakan dan tepukan yang kemudiannya menghilang di sebalik waktu berlalu.

Sekali lagi kita menangis dengan
tangisan yang dalam dan esakan memanjang.

  Ediramle Ismail,
ym id  ediramleismail

Posted via email from Ediramle Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan