RSS

Rabu, 2 Disember 2009

Bersugi



Rasulullah s.a.w telah menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud; Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w sabdanya: "sekiranya tidaklah menjadi suatu bebanan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali mereka hendak mengambil wuduk" (Riwayat Ahmad, Malik dan al-Nasa'I)

Pengertian bersugi.
Bersugi adalah perbuatan membersihkan mulut dan gigi.
Alat-alat bersugi.


  • Berus gigi dan ubatnya yang suci.




  • Mayang kelapa.




  • Sabut.




  • Kayu.




  • Apa saja yang kesat yang boleh membersihkan gigi.


Hukum Bersugi.
Hukum bersugi adalah sunat sepanjang masa.
Waktu-waktu dituntut bersugi.


  • Ketika hendak membaca Al-quran.




  • Hendak mengerjakan solat.




  • Ketika perubahan bau mulut.




  • Bangun dari tidur.




  • Hendak tidur.




  • Gigi menjadi kuning.




  • Ketika hendak berwuduk.




  • Ketika hendak berzikir.




  • Ketika hendak memasuki kaabah.




  • Hendak masuk rumah selepas berjalan.




  • Ketika lapar dan dahaga.




  • Ketika hendak mati.




  • Hendak musafir atau balik dari musafir.


Makruh bersugi.
Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.
Cara-cara bersugi.


  • Menggunakan tangan kanan.




  • Memulakan daripada sebelah kanan mulut.




  • Gosok langit-langit mulut dengan perlahan-lahan.




  • Gosok bahagian gusi dan gigi dengan perlahan-lahan.




  • Hilangkan lendir-lendir yang ada pada lidah dengan menggunakan alat-alat tertentu.


Kelebihan Bersugi.


  • Solat dengan bersugi lebih baik daripada 70 rakaat solat yang tidak bersugi.




  • Menyucikan mulut dan gigi.




  • Mendapat keredaan Allah.




  • Mencergaskan otak.




  • Mencerahkan mata.




  • Melambatkan tumbuh uban.




  • Mengurangkan bongkok dan sakit buah pinggang.




  • Melipatgandakan pahala.




  • Mengingatkan dua kalimah shahadat ketika hampir mati.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan