RSS

Rabu, 2 Disember 2009

Samak


Samak
Kulit-kulit bangkai binatang yang mati serta telah disamak boleh digunakan untuk membuat peralatan seperti pakaian, kasut, tali pinggang, beg dan sebagainya.
Syarat sah penyucian.
1.  Kulit binatang itu bukannya kulit anjing atau babi atau bukan kulit binatang keturunan salah satu daripada keduanya. Kulit Binatang lain sama ada yang mati secara disembelih atau tidak disembelih atau binatang itu haram dimakan dagingnya jika disuci ianya boleh digunakan..
2.  Hendaklah dibuang terlebih dahulu darah, lendir dan lemak yang ada pada kulit itu. Kemudian disapu dengan benda-benda yang boleh menghilangkan baunya seperti dengan kapur, tawas dan seumpamanya.
3.  Setelah dibuang darah, lendir dan lemak pada kulit tersebut, maka hendaklah dikeringkan kulit dengan cara menjemur dan setelah kering, basuh kulit itu dengan air bersih sekali jirus sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan